Hari ini dh masuk minggu yang ketiga sy menjalani latihan amali di Pejabat Penerangan Daerah Tumpat Kelantan.. Semalam, 23 mei kami melaksanakan program KUMTIS Kumpulan Tindakan Sivik Dun Pengkalan Kubor, Tumpat.. Pelbagai Aktiviti dianjurkan oleh penganjur antaranya pameran dari pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta.. selain itu juga terdapat juga persembahan kebudayaan seperti tarian tradisional Siam, Cina.. seterusnya persembahan Kebudayaan Dikir Barat dari pelbagai kumpulan pendikir daerah Tumpat.. terdapat juga persembahan Live Band penyertaan dari pelajar sekolah terbabit iaitu Sek.Men.Keb Geting Tumpat.. Persembahan Live Band juga disertai oleh oleh IPD Tumpat...
Masyarakat setempat begitu gembira dengan aktiviti yang dijalankan. ini kerana sepanjang sehari program ini berlangsung, jumlah pengunjung ke program ini tidak berkurangan, malah semakin bartambah dari waktu pagi, tengahari, petang dan malam.. setiap acara program ini semakin meriah apabila diserikan dengan aktiviti cabutan bertuah.. jadi, masyarakat setempat begitu teruja untuk berada lebih lama di program ini sambil menunggu untuk mandapat hadiah cabutan bertuah.. golongan yang paling seronok sekali adalah kanak-kanak. mereka kelihatan tidakm berganjak dari program ini sehingga ke larut malam.. untuk acara malam pula, program ini sekali lagi diserikan dengan persembahan Live Band seterusnya persembahan dari artis undangan Roy Kapilla yang mendendangkan beberapa buah lagu dan termasuk juga infotainmen dikir barat dari kumpulan pendikir yang tidak asing lagi Di daerah Tumpat ini..
No comments:
Post a Comment